HMS Prince of Wales (R09)
HMS Prince of Wales (R09)

HMS Prince of Wales (R09)

Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Prince of Wales.HMS Prince of Wales adalah kapal kedua dalam kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth yang sedang dibina untuk Tentera Laut Diraja. Ia dijangka akan memasuki perkhidmatan aktif bermula pada tahun 2020. Kapal ini merupakan kapal ke-7 milik Tentera Laut Diraja yang menggunakan nama HMS Prince of Wales. Pembinaan kapal ini bermula pada tahun 2011 di Rosyth Dockyard dan pada April 2016, strukturnya dikatakan telah siap sekitar 80%.[14]Tidak seperti kapal pengangkut pesawat besar yang lain, Prince of Wales tidak dipasang dengan manjanik atai kabel penangkap dan sebaliknya direka untuk mengoperasikan pesawat V/STOL; kapal ini dirancang untuk membawa sehingga 40 buah pesawat tempur pelbagai peranan F-35B Lightning II dan helikopter Merlin bagi peranan amaran awal udara serta peperangan anti kapal selam, walaubagaimanapun sekiranya perlu kapal ini mampu membawa sehingga 70+ buah pesawat F-35B.[15] Rekabentuknya menitik beratkan fleksibiliti, dengan tempat penginapan untuk seramai 250 orang anggota Royal Marines dan kemampuan untuk menyokong mereka dengan helikopter penyerang dan pengangkutan tentera seperti helikopter Chinook atau yang bersaiz lebih besar.[16]Pada tahun 2010, kerajaan Britain telah mengumumkan bahawa Prince of Wales sama ada dijual atau ditinggalkan di sebabkan oleh pemotongan belanjawan. Pada tahun 2014, semasa Persidangan NATO di Wales, Perdana Menteri David Cameron mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawat ini akan dibawa masuk ke dalam perkhidmatan aktif.[17] Komitmen ini kemudian disahkan dalam Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik 2015 pada bulan 2015.[18]Prince of Wales telah dinamakan secara rasmi pada 8 September 2017 di Limbungan Rosyth oleh HRH The Duchess of Rothesay.[19] Prince of Wales akan diserahkan kepada Tentera Laut pada tahun 2019, dan akan sedia sepenuhnya untuk tugasan di perbatasan pada tahun 2023.[20] Kepten pertamanya adalah Kepten Stephen Moorhouse.[21]

Rujukan

WikiPedia: HMS Prince of Wales (R09) http://www.newsdeskmedia.com/files/Global-Force-20... http://www.bbc.co.uk/news/uk-scotland-41172440 http://www.theengineer.co.uk/military-and-defence/... http://www.royal-navy.mod.uk/server/show/nav.6497 http://www.royalnavy.mod.uk/The-Fleet/Ships/Future... http://www.royalnavy.mod.uk/news-and-latest-activi... http://www.royalnavy.mod.uk/news-and-latest-activi... http://www.royalnavy.mod.uk/operations-and-support... http://www.royalnavy.mod.uk/operations-and-support... http://www.royalnavy.mod.uk/our-organisation/the-f...